Quantcast
Channel: The Kaki Wayang!
Viewing all 52 articles
Browse latest View live

Pelajar Politeknik Putus Kepala!

$
0
0
Seorang pelajar maut dalam keadaan ngeri apabila kepalanya putus setelah motosikal yang ditunggang me­rempuh benteng besi di persimpangan masuk ke Taman Keladi dari Jalan Lencongan Timur Su­ngai Petani, di sini pagi ini.

Mangsa, Mohd. Nasri Rusydi Yusof, 19, dari Taman Permata Semarak di sini meninggal dunia di tempat kejadian kira-kira pukul 1.25 pagi.

Kemalangan dikatakan berlaku ketika mangsa menunggang motosikal RXZ dari Taman Keladi me­nuju ke rumah seorang rakannya di Bandar Puteri Jaya di sini.

Difahamkan, kemalangan itu menyebabkan kepalanya terputus dipercayai terkena besi tajam dan anggota badannya tercampak lebih 20 meter. Bapa mangsa, Yusof Ismail, 45, memberitahu, dia begitu terkejut apabila mengetahui anaknya ter­babit dalam kemalangan ngeri itu.

“Dia menunggang motosikal seorang diri dan keadaan jalan raya di kawasan itu dipercayai agak gelap dan kita tidak mengetahui apa yang berlaku,” katanya.

Menurut Yusof, anak sulungnya itu adalah pelajar tahun dua Diploma Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Syed Sarajuddin, Arau, Perlis.

“Saya menerima hakikat dan reda dengan apa yang berlaku,” katanya.

Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Muhibuddin, Kampung Sungai Pasir di sini hari ini. Sementara itu, Ketua Polis Dae­rah Kuala Muda, Asisten Komisio­ner Khalil Arifin berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kemalangan itu.


Lelaki Ini Gagal Temuduga KFC, Kini Jutawan (Kisah Benar)!

$
0
0

Lelaki ini pernah melalui saat hidup yang susah sejak dari kecil. Lahir dalam keluarga sederhana. Antara yang teruk dalam liku hidupnya adalah :

1. Keputusan ujian matematik yang corot semasa di sekolah rendah menyebabkan ada sekolah yang tidak mahu menerima beliau sebagai pelajar.

2. Pernah memohon kerja di KFC. Dari 24 calon yang hadir beliau satu-satunya yang gagal manakala 23 calon lagi ditawarkan bekerja dengan rangkaian restoran makanan segera ni.

3. Pernah menghadiri 30 temuduga. Beliau gagal dalam kesemua temuduga itu dan tidak ditawarkan satu kerja pun.

Halangan yang dilalui tidak pernah mematahkan semangatnya untuk maju. Sejak dari umur 12 hingga 20 tahun, beliau sanggup menunggang motor selama 40 minit untuk belajar bahasa Inggeris dengan cara bergaul dengan pelancong asing.

Kesempatan bergaul dan belajar bahasa Inggeris selama 9 tahun dengan pelancong asing banyak mengubah pandangan beliau tentang hidup. Malah beliau percaya beliau berfikiran lebih global berbanding penduduk lain di negaranya.

Akhirnya beliau memulakan kerjaya pertama beliau sebagai guru Bahasa Inggeris. Sewaktu bekerja di US, beliau mendapati tiada satu pun informasi berkenaan negaranya di internet. Penemuan ini membawa kepada usaha beliau untuk menubuhkan sebuah portal jualan di internet sebaik saja beliau kembali semula ke negara beliau.

Dan kini portal jualan kepunyaan beliau sedang giat berusaha untuk mengatasi portal jual beli online popular eBay yang berpusat di US. Siapakah lelaki ini? Beliau adalah Jack Ma, pengasas AliBaba.com dan dikhabarkan kini sebagai jutawan terkaya di China.



Dua portal jualan beliau iaitu Taobao Marketplace dan Tmall.com, kini mendominasi sistem portal jualan internet di China. 

Doodle Art Terpanjang Gah Mengelilingi Stadium Darulmakmur!

$
0
0

Tanggal 13 October 2014 menyaksikan sejarah tercipta apabila Doodle Art sepanjang 528.8 meter yang dihasilkan oleh para pelajar dn pensyarah Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Politeknik Muadzam Shah diiktiraf sebagai Doodle Art terpanjang di Malaysia. 

 
 
 
 
 
 
 
 

Rentetan dari kejayaan tersebut, malam tadi (24 Oktober 2014) menyaksikan satu lagi sejarah baru bagi Politeknik Muadzam Shah apabila Doodle Art berkenaan gah menghiasi padang Stadium Darulmakmur sempena dengan perlawanan separuh akhir kedua antara Pahang vs Kedah.

Perlawanan berkenaan berkesudahan dengan Pahang menewaskan Kedah dengan jaringan 5-0 (agregat 6-3). Tahniah buat pasukan Pahang. 

Tahukah Anda Muallaf Ini Kaya Orangnya, Nah Buktinya!

$
0
0

Kenal tak siapa Felixia Yeap? Kenal bukan? Bagaimana pula Raisyyah Rania? Kenal tak? Saya tahu anda mengenalinya. Bekas model yang kini telah memeluk Islam dalam mencari redha Allah SWT. Tapi tahukah anda bahawa Felixia Yeap aka Rasiyyah Rania seorang yang kaya raya? Tak tahu? Tak caye?

Meh kita tengok gambar beliau memegang resit bank maybank. Baki Wadiahsa RM7,000,987.35. 7 juta okeh..bukan 7 hengget..bukan 7 ratus atau 7 ribu..7 juta..tapi rupa-rupanya resit bank dengan baki RM7 juta itu sebenarnya merupakan prop pengambaran sebuah telemovie yang menampilkan Felixia Yeap sebagai salah seorang pelakonnya.

Kemudiannya gambar tersebut sudah pun dipadamkan dari akaun Facebook beliau.

Doodle Arts Terpanjang Di Malaysia Harumkan Nama PMS - Part 1!

$
0
0

Rentetan dari artikel yang pertama DI SINI, maka pada kali ini penulis ingin berkongsi pula dengan gambar-gambar sekitar Majlis Penganugerahan Sijil Malaysia Book of Records Doodle Arts Terpanjang Di Malaysia. Penganugerahan ini bukan sahaja menaikkan nama Politeknik Muadzam Shah tetapi juga menyumbang kepada terciptanya sejarah sehingga tercatatnya nama PMS di dalam Malaysia Book of Records. 

Bukan itu sahaja malah, Doodle Arts ini juga telah dipasang di sekeliling padang Stadium Darulmakmur. Jom kita tengok gambar-gambar sekitar majlis penganugerahan ini.













Edisi Hangat! PM Naikkan Elaun Sara Hidup (COLA) RM500 Untuk Kakitangan Awam!

$
0
0

Kerajaan bersetuju memberikan Elaun Sara Hidup (COLA) tanpa mengira pangkat dan tempat bertugas semua pekerja awam dan swasta sebanyak RM500.00 sebulan berkuatkuasa Ogos 2014 bagi menampung kenaikan harga minyak dan barang-barang. Selain langkah proaktif bagi menangani GST yang sangat hebat diperkatakan pada ketika ini. Langkah yang serupa disarankan kepada pihak swasta bagi menjamin keharmonian para pekerjanya. 

Elaun COLA ini boleh dituntut di semua Pejabat Pos dan BSN di seluruh negara mulai jam 1 pm hingga 4 pm pada setiap hari kecuali hari Jumaat, Sabtu dan Ahad serta hari-hari kelepasan am. Kakitangan awam & swasta perlu menunjukkan kad pengenalan diri Jabatan untuk mendapatkan borang permohonan dan wang akan dibayar selepas penyerahan borang yang lengkap beserta dengan syarat-syarat berikut :-

1. Surat Perlantikan Kerja - Original
2. Surat Pengesahan Kerja- Original
3. Surat Akuan Majikan - (tempat terakhir bertugas)

dan... 

... 80 Penutup Botol Coca-Cola... Baru sesuai dengan namanya Elaun Cola! Ampunnnn pak...

Haaaahahaha! !!! Dah baca! Pergi sambung kerja ... kalau pasal DUIT semua besor bijik mata!! kalo rasa menyampah dgn status ni sila minum coca cola ek !!

" SENYUM....TAK PERLU KATA APA-APA" !!

Siapa Vokalis Pop-Rock Terkenal Ditahan Miliki Syabu?

$
0
0

Vokalis kumpulan pop-rock terkenal tempatan ditahan kerana memiliki dadah jenis syabu dalam satu serbuan kira-kira pukul 1.30 petang tadi di sekitar Kompleks Selayang Mall, di sini.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata, penyanyi lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak dalam ‘Ops Tapis,’ ketika dia sedang memandu.

"Pemeriksaan ke atasnya menemui satu lipatan kertas putih yang di dalamnya mengandungi sepeket kecil plastik lut sinar berisi dadah syabu anggaran 0.30 gram yang digenggam di tangan kirinya.

"Saringan awal ujian air kencing ke atasnya juga didapati positif dadah jenis 'Meth'," kata Ali ketika dihubungi Bernama.

Suspek disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya.

Edisi Sengal! Kini Gambar Awek Melayu Pegang Babi Pula Viral!

$
0
0

Sejauh mana akan kebenarannya, entahlah. Bile tengok gambar ni rasa macam pegang anak patung barbie je. Tak rasa macam pegang babi. Hahahahaha. Korang tengok dan nilai lah sendiri. Lepas ni mula lah bagi alasan ada kelas dan ada amali yang menyebabkan kena pegang babi. Tapi melihat kepada gambar macam happy gumbira dan bahagia je pegang babi tu.

Sumber: Facebook

Edisi Terkini! Kadar Pergerakan Gaji N11 - N54 Mengikut Kadar Tetap 3% Daripada Gaji Maksimum!

$
0
0
Kadar Pergerakan Gaji N11 - N36 Mengikut Kadar Tetap 3% Daripada Gaji Maksimum. Menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2015, pekeliling perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan untuk menambah baik kaedah pemberian Pergerakan Gaji Tahunan dalam pelaksanaan Jadual Gaji Minimum - Maksimum (JGMM) bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan. Pelaksanaan pergerakan gaji ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan dalam memastikan penjawat awam sentiasa berprestasi tinggi dan meningkatkan produktiviti.






Pegawai Yang Layak
  • Pegawai yang telah mencapai gaji maksimum dalam JGMM 2013 termasuk pegawai yang berada di gaji Khas Untuk Penyandang (KUP);
  • Pegawai yang belum mencapai gaji maksimum tetapi dalam keadaan amaun pergerakan gaji yang berikutnya sebelum mencapai gaji maksimum dalam JGMM 2013 adalah kurang daripada kadar satu (1) KGT;
  • Pegawai yang telah mencapai gaji maksimum dan berada di tahun terakhir perkhidmatannya sebelum bersara paksa, dan tarikh persaraan tersebut adalah sebelum Tarikh Pergerakan Gajinya pada tahun berkenaan;
  • Pegawai yang belum mencapai gaji maksimum dan berada di tahun terakhir perkhidmatannya sebelum bersara paksa, dan tarikh persaraan tersebut adalah sebelum Tarikh Pergerakan Gajinya pada tahun berkenaan; dan
  • Pegawai yang telah mencapai gaji maksimum dan berada di tahun terakhir perkhidmatannya sebelum bersara paksa, dan telah menerima pergerakan gaji berasaskan kadar tetap 3% pada tahun sebelumnya melalui kaedah yang dilaksanakan di bawah pekeliling perkhidmatan ini.
ARTIKEL BERKAITAN:

Penjawat Awam 30 Hari Berkhidmat Antara Penerima Bayaran Khas RM500.00 Hari Ini!
Perkiraan Gaji Baru Selepas Naik 1 Gred - Bajet 2016!
Ketahui Cara Kira Gaji Baru Anda Selepas Kenaikan 1 Gred Gaji!
Jadual dan Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Bagi Tahun 2016!
Senarai Kakitangan Awam Yang Layak Menerima Bonus (Bayaran Khas) 2015!
Tarikh Pembayaran BONUS (Bayaran Khas) Kakitangan Awam Mengikut Pekeliling!

Perlu difahami bahawa kadar tetapi 3% ini hanya melibatkan mereka yang telah mencapai gaji maksimum ataupun yang belum  mencapai gaji maksimum tetapi berada di tahun terakhir perkhidmatannya. Itu sebabnya kadar pergerakan gaji tidak sama walaupun dalam gred yang sama.Sebagai contoh:-

Kadar pergerakan gaji tahunan bagi N17 adalah sebanyak RM 95.00, manakala pergerakan gaji tahunan bagi yang terlibat dan layak melalui pekeliling ini, KGT adalah sebanyak RM 101.25


Artikel berkaitan dengan Gaji Baru Penjawat Awam:

Penjawat Awam 30 Hari Berkhidmat Antara Penerima Bayaran Khas RM500.00 Hari Ini!

PM Naikkan Elaun Sara Hidup (COLA) RM500 Untuk Kakitangan Awam!

Jadual Pengiraan Gaji Baru Sistem Saraan Malaysia (SSM) 2012 Mengikut Gred 
Jadual Gaji Gred N41 - N54 (Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2012) 
Jadual Gaji Gred FT17 - FT26 (Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2012) 
Jadual Gaji Gred J17 - J38 (Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2012)
Jadual Gaji Gred DH41 - DH54 (Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2012)
Jadual Gaji Gred DGA29 - DGA38 (Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2012) 
Jadual Gaji Gred DG41 - DG54 (Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2012) 
Jadual Pengiraan Gaji S17 - S41 Mengikut Sistem Gaji SSM Baru 2012

Edisi Sentap! Amran Fans Sebenarnya Merajuk Dengan Hanis Zalikha!

$
0
0
Seperti yang kita maklum, pada ketika ini nama Rashid kini menjadi viral di seantero dunia. Kalau dulu nama paling top dan paling viral adalah pasal si Meran atau Amran Fans. Tahukah anda bahawa Amran sebenarnya merajuk kat Hanis Zalikha. Sape tak kenal dengan Hanis Zalikha? 

Cuba korang ingat semula kisah ni. Masa Gegar Vaganza tu laaa. Kan si Hairul Azreen melamar Hanis Zalikha. Ramai netizen memuji keberanian Hairul Azreen dan tidak kurang yang tak bersetuju dengan cara beliau. Hanis Zalikha tergamam, terkelu ketika Hairul bertanyakan adakah Hanis Zalikha bersetuju untuk menjadi suri hatinya. Sehingga akhirnya menjawab, “InsyaAllah, thank you,” dan kemudian “Yes”. 


Patutlah si Amran ni merajuk. Meh kita tengok status-status sentap Amran apabila si Hanis Zalikha  aka Keknis ni dirampas orang. Hahahahaha.

Edisi Terkini! Inilah Senarai 20 Bangunan Tertinggi Di Dunia!

$
0
0
Al Burj Khalifa, Dubai

Senarai 20 Bangunan Tertinggi Di Dunia. Tahun demi tahun, pelbagai rekod dunia dicipta. Dari rekod dunia yang tak berapa nak logic pun ada hinggalah ke rekod bangunan tertinggi di dunia. Menurut Shanghailist, Burj Khalifah masih lagi memegang rekod sebagai bangunan paling tinggi di dunia denan ketinggian 828 meter. Perghhhh memang tinggi. Kalau jatuh dari ketinggian ini rasanya tak sampai tanah lagi dah mati dah. Hahahahaha. Difahamkan Burj Khalifah juga memegang rekod mempunyai kolam renang tertinggi di dunia. Hebat tak hebat kawe nok kabo. Tetiba tukar loghat.

 
Shanghai Tower, China


Shanghai Tower China memegang rekod bangunan kedua tertinggi di dunia dengan ketinggian 632 meter. Kemudian diikuti oleh Makkah Royal Clock Tower Hotel dengan ketinggian 601 meter. Menara Petronas Twin Tower pula berada di kedudukan ke-8 dengan catatan ketinggian yang direkodkan adalah 452 meter.

Berikut merupakan senarai bangunan tertinggi di dunia berdasarkan pemerhatian Shanghailist.

    1. Burj Khalifa, Dubai (828 meter)
    2. Shanghai Tower, China (632 meter)
    3. Makkah Royal Clock Tower Hotel (601 meter)
    4. One World Trade Center, Amerika (541 meter)
    5. Taipei 101, Taipei (508 meter)
    6. Shanghai World Financial Center, China (492 meter)
    7. International Commerce Centre, Hong Kong (484 meter)
    8. Petronas Tower 1, Malaysia (452 meter)
    9. Petronas Tower 2, Malaysia (452 meter)
    10. Zifeng Tower, Nanjing, China (452 meter)
    11. Willis Tower, Chicago, Amerika (442 meter)
    12. KK100, Shenzhen, China (442 meter)
    13. Guangzhou International Finance Center, Guangzhou, China (439 meter)
    14. 432 Park Avenue, New York City (426 meter)
    15. Trump International Hotel and Tower, Chicago, Amerika (423 meter)
    16. Jin Mao Tower, Shanghai, China (421 meter)
    17. Princess Tower, Dubai, (413 meter)
    18. Al Hamira Tower, Kuwait (413 meter)
    19. Two International Finance Centre, Hong Kong (412 meter)
    20. 23 Marina, Dubai (392 meter)

Edisi Terkini! Borang Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) Bagi Penduduk Sabah & Sarawak!

$
0
0
Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M). Baru-baru ini berlaku Majlis Daerah Putatan telah mengeluarkan iklan mengenai Projek Perumahan Rakyat yang menyebabkan berlakunya kejadian tidak diingini berlaku. Pelbagai reaksi diutarakan penduduk di kawasan berkenaan. Antaranya penduduk tidak berpuashati dengan kawalan dan situasi di dalam dewan berkenaan. Selain kawalan yang kurang bermutu dari pihak berwajib, terdapat juga penduduk yang merusuh dan kemudiannya merosakkan pintu dewan. 

Penduduk juga beranggapan Majlis Daerah Putatan tidak perlu mengenakan bayaran sebanyak RM5 untuk mendapatkan borang. Diharapkan agar masalah yang dihadapi oleh penduduk yang ingin mendapatkan rumah PPR dapat diselesaikan dengan segera.


Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M). Dengan permintaan yang tinggi dari kalangan penduduk khususnya penduduk dari Sabah dan Sarawak kerajaan telah mengeluarkan iklan kepada semua rakyat yang berminat untuk memohon Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia. Berita baik kepada semua penduduk bahawa BorangPermohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) adalah percuma dan tidak boleh dijual beli.

Syarat Mohon Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M) (Syarat Asas)
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mesti berumur antara 18 tahun hingga 60 tahun
  3. Pendapatan kasar isi rumah RM750 – RM3,000 sebulan
  4. Tidak mempunyai rumah sendiri/mempunyai rumah usang/tidak sempurna
  5. Mempunyai tanah/tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan/cagaran ke atasnya
  6. Tapak berkeluasan minimum 3,700 kps (Semenanjung Malaysia) & 2,600 kps (Sabah & Sarawak)
  7. Tertakluk kepada kelulusan bank
Bagi mereka yang ingin memohon melalui online perlulah menelitiManual Pengguna Permohonan Online RMR1Magar proses semasa memohon melalui online itu mudah.


Difahamkan pada permohonan yang diterima setakat Februari 2014 telah diterima sebanyak 67,341 permohonan.

Syarat Mohon Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia Sabah & Sarawak (RMR1M)
  1. Warganegara Malaysia
  2. Umur 18-60 tahun.
  3. Pendapatan kasar seisi rumah dari RM750 hingga RM3000 sebulan.
  4. Tidak mempunyai rumah sendiri atau rumah sedia ada usang atau tidak selesai bina
  5. Punyai tanah yang sesuai dan tidak mempunyai sebarang sekatan/cagaran ke atas tanah tersebut.
  6. Tapak keluasan minima 2,600 kps.
Kriteria Rumah Sabah & Sarawak SPNB RMR1M
  1. Rumah yang akan dibina oleh SPNB menerusi RMR1M adalah memenuhi kriteria berikut:
  2. Rumah dibina adalah dengan keluasan 700kps (3 bilik tidur, 2 bili air)
  3. Harga rumah dari RM68,000 - RM79,000
  4. 1/3 pinjaman rumah disubsidikan oleh kerajaan Malaysia
  5. Baki pinjaman adalah pembiayaan tanpa faedah
  6. Tertakluk kepada perubahan SPNB
Apa itu 1/3 Pinjaman Disubsidikan Kerajaan?

Bagi mereka yang kurang faham dan tidak memahami 1/3 Pinjaman disubsidikan kerajaan boleh lah melihat gambar di bawah.


Buat semua yang berminat untuk mendapatkan Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M) boleh memuat turun/ download BORANG PERMOHONAN RMR1M Sabah dan Sarawak sekarang. Bah apa lagi orang-orang Sabah dan Sarawak. Borang free. Dapatkan sekarang! Isi Sekarang dan hantar. Mudah-mudahan dapatlah kemurang tu Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M).


Sekali lagi diingatkan:

Cara Memohon dan Menghantar Borang RMR1M
  1. Dapatkan Borang Permohonan RMR1M percuma samada menerusi online di SPNB (klik) atau dari Pejabat Cawangan Wilayah SPNB/Pejabat Satelit
  2. Serahkan borang lengkap diisikan kepada Pejabat Cawangan Wilayah/Pejabat Satelit.
  3. Proses kelulusan pinjaman daripada pihak bank.
Sebarang pertanyaan boleh lah menghubungi:-

Syarikat Perumahan Negara Berhad (444205-M)
Tingkat 8, Wisma Perkeso,
Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.
Telefon: 1300-80-3838
Faks: 603 – 2681 0170

Talian Rumah Mesra Rakyat & Rumah Yang Sedia Dijual: 1300-80-3838
Email: info@spnb.com.my
E-mail Aduan

aduan@spnb.com.my

Seksyen Jualan

603-26185519 (Ketua Unit Jualan Semenanjung)
6088-484476 (Ketua Unit, Jualan Sabah)
6082-230032 (Ketua Unit, Jualan Sarawak)

Tulung-tulung urang Sabah dan Sarawak kio. Saya urang Sabah juga. Bila lagi mau tulung bangsa sendiri bah kan.

    Edisi Pendidikan! Permohonan Online Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Universiti Sains Malaysia (USM) 2016/ 2017!

    $
    0
    0
    Calon-calon yang berkelayakan dipelawa memohon secara terus (online application) untuk mengikuti program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Ijazah Pertama Penuh Masa) di Universiti Sains Malaysia (Universiti berstatuskan APEX) bagi Sidang Akademik 2016/2017.

    Klik gambar untuk paparan lebih jelas

    Permohonan terbuka kepada :
    1. Lepasan Matrikulasi/Asasi 2015.
    2. Lepasan STPM 2015.
    3. Lepasan Diploma/Setaraf - IB, AUSMAT, A-Level dan lain-lain.


    Tips Mohon UPU Online



    Calon-calon boleh mengemukakan permohonan melalui Pohon@USM dengan kaedah pembelian nombor PIN USM - PERDANA di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dan setiap pembelian nombor PIN USM dikenakan bayaran sebanyak RM40. Seterusnya, calon perlu mendaftar menggunakan nombor PIN USM dan nombor Rujukan akan dijana oleh sistem dan akan dihantar kepada emel calon. Calon-calon adalah dinasihatkan untuk mencetak nombor Rujukan dan borang permohonan untuk simpanan dan rujukan.

    USM menawarkan sebanyak 70 program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Calon-calon boleh memilih sekurang-kurangnya satu [1] program pengajian dan maksima lapan [8] program pengajian bagi lepasan Matrikulasi/Asasi 2015 dan STPM 2015, manakala empat [4] program pengajian bagi lepasan Diploma/Setaraf. Sila rujuk Senarai Program Pengajian yang ditawarkan Sidang Akademik 2016/2017.

    Bagi program pengajian yang memerlukan temuduga, tempoh temuduga diadakan adalah *5 - 15 Mei 2016. Semakan panggilan temuduga boleh dibuat pada akhir April 2016 di Pohon@USM.

    Maklumat Tambahan bagi calon Matrikulasi/Asasi :

    Calon-calon yang telah mengisi dan menghantar permohonan melalui Pohon@USM boleh melakukan pengubahsuaian dan pengemaskinian program pengajian yang dipilih setelah memperolehi keputusan peperiksaan Matrikulasi semester kedua. Sistem akan dibuka semula pada 6 - 12 Jun 2016 untuk membolehkan pengubahsuaian dan pengemaskinian dilakukan (Fasa II).

    Hanya calon-calon yang telah membuat permohonan semasa Fasa I, layak membuat pengubahsuaian.

    Maklumat Tambahan bagi calon STPM :

    Calon-calon yang telah mengisi dan menghantar permohonan melalui Pohon@USM boleh melakukan pengubahsuaian dan pengemaskinian program pengajian yang dipilih setelah memperolehi keputusan peperiksaan (bagi calon yang mengulang semula peperiksaan bertulis - U3). Sistem akan dibuka semula pada 3 - 6 Mei 2016 untuk membolehkan pengubahsuaian dan pengemaskinian dilakukan (Fasa II).

    Hanya calon-calon yang telah membuat permohonan semasa Fasa I, layak membuat pengubahsuaian atau pengemaskinian program pengajian bukan temuduga sahaja.

    Maklumat Tambahan bagi calon Diploma/Setaraf :

    Peringatan bagi kategori Diploma/Setaraf, calon dikehendaki memuatnaik sijil-sijil akademik yang berkaitan semasa mengemukakan permohonan selewat-lewatnya 4 April 2016. Permohonan yang dikemukakan tanpa salinan sijil dianggap TIDAK LENGKAP dan TIDAK AKAN DIPROSES.

    Edisi Sentap! Wanita Suka Selfie Dan Muat Naik Gambar Ke Laman Sosial Bukan Calon Isteri Terbaik!

    $
    0
    0
    Dewasa ini, menjadi kebiasaan sang wanita begitu suka untuk mengambil gambar diri sendiri (selfie) dan kemudiannya memuat naik gambar tersebut di laman sosial seperti Facebook, Twitter, WeChat, Line mahupun Instagram. Hal ini begitu membimbangkan pelbagai pihak. 


    Kadang-kadang bila dikemukakan soalan kepada sang lelaki, apakah ciri-ciri calon isteri yang menjadi idaman kamu? Sudah tentu dijawabnya yang cantik, yang berharta, beragama, dan sebagainya. Tapi tahukah kamu bahawa begitu ramai wanita yang lebih suka mengambil gambar sendiri dan kemudiannya memuat naik gambar tersebut ke laman sosial? Adakah wanita seperti ini menjadi pilihan kamu?

    “Dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putra-putra mereka atau putra-putra suami mereka atau saudara-saudara laki-laki mereka atau putra-putra saudara lelaki mereka atau putra-putra saudara perempuan mereka atau wanita-wanita Islam atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” (An-Nur: 31).

    Jangan ingat bila dah ada artikel seperti ini, kamu (lelaki) menghentam wanita pula. Apabila berlakunya kemungkaran, maka tegurlah. Semoga hatinya tergerak untuk berubah. Tundukkan pandangan anda. Kerana bukan sahaja calon isteri yang dicari, tetapi wanita juga perlu mencari calon suami yang terbaik yang mampu membimbing mereka ke jalan Allah SWT.

    Edisi Hangat! Senarai Best Blog of The Year MSMW 2016!

    $
    0
    0
    Senarai Best Blog of The Year MSMW 2016. Pengiktrafan yang diberikan oleh sesetengah pihak kepada seorang penulis blog mahupun laman web merupakan satu penghargaan kepada mereka yang bersusah payah menulis dan berkongsi maklumat kepada seluruh manusia di Malaysia. Ada diantara blog-blog di Malaysia yang kini menjadi ikutan bukan sahaja di Malaysia tetapi juga followers dari luar negara.

    Ramai rakan-rakan blogger yang sudah pastinya tersenarai dan terpilih dalam Senarai Best Blog of The Year MSMW 2016. Ada diantara rakan-rakan blogger yang saban tahun dinobatkan sebagai blogger terbaik dan blog terbaik (mengikut kepada kategori yang dipertandingkan). 

    Berikut merupakan Senarai Best Blog of The Year MSMW 2016


    1. www.smallnhot.com
    2. www.hasrulhassan.com
    3. www.nizamijam.com
    4. www.benashaari.com
    5. www.cikepal06.blogspot.com
    6. www.spinorbinmusic.com
    7. www.denaihati.com

    Daripada senarai di atas nampaknya hanya CIKEPAL sahaja yang masih menggunakan domain blogspot.com. Blogger lain dah beralih ke domain dotcom. Hebat kan! Bila pegi kat setiap blog di atas, semuanya memiliki kelebihan tersendiri. Baik dari segi isi kandungan, SEO, design dan maklumat, semuanya memainkan peranan penting untuk dipilih sebagai blogger terbaik sekaligus blog mereka dinobatkan sebagai blog terbaik mengikut kategori yang dipertandingkan.

    Sebagai makluman kepada semua blogger, pemilihan pemenang adalah berdasarkan kepada jumlah undian yang melibatkan 80% undian awam dan 20% markah dari juri. Markah dari juri itu melibatkan 10% markah untuk kandungan blog, 5% untuk rekabentuk blog, 5% lagi adalah untuk etika.

    Bagi mereka yang baru menjengah ke dunia blog, anda pastinya tertanya-tanya siapakah blogger terbaik sebelum ini. Untuk mengetahuinya anda boleh ke Social Media Week Awards (Past Winners) untuk mengetahui pemenang-pemenang terdahulu.

    Edisi Pendidikan! Cara Buat Rayuan Kemasukan Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik 2016!

    $
    0
    0

    Cara Buat Rayuan Kemasukan Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik 2016. Tahun 2016 kembali semula, bermakna pengajian para pelajar juga bermula. Berita baik buat semua calon  yang gagal dalam permohonan kemasukan ke program Kolej Vokasional (KV)/ Sekolah Menengah Teknik (SMT) bagi sesi pengambilan tahun 2016.

    Calon kini boleh mengemukakan permohonan rayuan permohonan rayuan dengan mengunjungi (walk-in) di mana-mana institut terlibat. Perkara ini telah diumumkan di Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di http://www.moe.gov.my.

    Jadual Sesi Walk-In Permohonan Rayuan
    Bermula 27 Januari hingga 29 Februari 2016

    Keputusan Rayuan Kemasukan Sekolah Teknik/ Kolej Vokasional 2016

    Pemohon yang berjaya dalam rayuan berkenaan akan dihubungi oleh institusi tersebut dan keputusan serta penempatan calon rayuan adalah bergantung kepada kekosongan dan juga keputusan Ahli Jawatankuasa Pemilihan calon di institusi yang berkaitan.
    Peringatan

    Calon adalah dinasihatkan supaya menyediakan:-
    • Salinan keputusan peperiksaan
    • Dokumen dan sijil-sijil berkaitan yang disahkan benar
    • Surat rasmi yang merujuk kepada pakej pilihan kursus serta institusi bagi permohonan rayuan 

    Edisi Pendidikan! Senarai Terkini Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik Di Malaysia!

    $
    0
    0

    Pendidikan kini menjadi sangat penting dewasa ini. Apatah lagi dalam keadaan dunia yang begitu mencabar.

    "Awak lepasan lulusan mana?"

    "Saya lulusan vokasional"

    "Bagus sebab lulusan vokasional dah ada kemahiran. Tak perlu lagi dah nak hantar kursus atau kemana-mana untuk menambah kemahiran. Gaji lulusan berkemahiran juga tinggi berbanding lulusan lain".


    Senarai Terkini Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik Di Malaysia. Pada ketika ini, pusat-pusat pengajian di Malaysia tumbuh bagai cendawan. Terlalu banyak pusat pengajian yang ditubuhkan terutamanya Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Selaras dengan itu, kerajaan kini telah menubuhkan Kolej Vokasional bagi melahirkan lebih ramai pelajar bekemahiran untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri negara.

    Cara Buat Rayuan Kemasukan Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik 2016

    Pengenalan

    Pendidikan Teknikal dan Vokasional dihasratkan memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri negara. Bagi merealisasikan hasrat ini, BPTV menawarkan program-program yang membolehkan murid berpotensi menjadi separa professional dalam pelbagai bidang teknikal da kejuruteraan.

    Objektif

    Menghasilkan Pendidikan Teknikal Dan Vokasional yang berkualiti melalui:
    •     Penyelarasan dasar pengoperasian, pembangunan prasarana fizikal dan penyediaan fasiliti
    •     Program pengurusan akademik yang terancang dan efektif untuk kemenjadian murid
    •     Pengurusan sumber manusia, kewangan, pentadbiran dan hal ehwal murid yang berkesan
    •     Pembangunan profesionalisme berterusan yang terancang untuk guru dan pegawai

    Senarai Kolej Vokasional Di Malaysia

        Kolej Vokasional Arau
        Kolej Vokasional Kangar
        Kolej Vokasional Kulim
        Kolej Vokasional Pulau Langkawi
        Kolej Vokasional Alor Setar
        Kolej Vokasional Sg. Petani 1
        Kolej Vokasional Sg. Petani 2
        Kolej Vokasional Nibong Tebal
        Kolej Vokasional Butterworth
        Kolej Vokasional Batu Lanchang
        Kolej Vokasional Balik Pulau
        Kolej Vokasional Seberang Perai
        Kolej Vokasional Gerik
        Kolej Vokasional Ipoh
        Kolej Vokasional Seri Manjung
        Kolej Vokasional Seri Iskandar
        Kolej Vokasional Slim River
        Kolej Vokasional Taiping
        Kolej Vokasional Kuala Kangsar
        Kolej Vokasional Lebuh Cator
        Kolej Vokasional Kerian
        Kolej Vokasional Teluk Intan
        Kolej Vokasional Sungai Buloh
        Kolej Vokasional Shah Alam
        Kolej Vokasional Klang
        Kolej Vokasional Kajang
        Kolej Vokasional Kuala Selangor
        Kolej Vokasional Gombak
        Kolej Vokasional Sepang
        Kolej Vokasional Setapak
        Kolej Vokasional (Ert) Setapak
        Kolej Vokasional Melaka Tengah
        Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin
        Kolej Vokasional Jasin
        Kolej Vokasional Port Dickson
        Kolej Vokasional Ampangan
        Kolej Vokasional Kuala Klawang
        Kolej Vokasional Juasseh
        Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja
        Kolej Vokasional Dato’ Undang Haji Muhamad Sharip
        Kolej Vokasional Batu Pahat
        Kolej Vokasional Segamat
        Kolej Vokasional Kota Tinggi
        Kolej Vokasional Muar
        Kolej Vokasional Kluang
        Kolej Vokasional Tanjung Puteri
        Kolej Vokasional Perdagangan
        Kolej Vokasional (ERT)Azizah
        Kolej Vokasional (ERT) Puteri
        Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan
        Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah
        Kolej Vokasional Sultan Haji Ahmad Shah Al Mustain Billah
        Kolej Vokasional Muadzam Shah
        Kolej Vokasional Temerloh
        Kolej Vokasional Kuantan
        Kolej Vokasional Pertanian Chenor
        Kolej Vokasional Kuala Krai
        Kolej Vokasional Pengkalan Chepa
        Kolej Vokasional Pasir Mas
        Kolej Vokasional Tanah Merah
        Kolej Vokasional Bachok
        Kolej Vokasional Kuala Terengganu (Wakaf Tembusu)
        Kolej Vokasional Kemaman
        Kolej Vokasional Besut
        Kolej Vokasional Dungun
        Kolej Vokasional Kudat
        Kolej Vokasional Keningau
        Kolej Vokasional Labuan
        Kolej Vokasional Sandakan
        Kolej Vokasional Lahad Datu
        Kolej Vokasional Tawau
        Kolej Vokasional Likas
        Kolej Vokasional Beaufort
        Kolej Vokasional Kuching
        Kolej Vokasional Matang
        Kolej Vokasional Betong
        Kolej Vokasional Sibu
        Kolej Vokasional Bintulu
        Kolej Vokasional Miri

    Sekolah Menengah Teknik Di Malaysia

        Sekolah Menengah Teknik Alor Setar
        Sekolah Menengah Teknik Tuanku Abdul Rahman Putra
        Sekolah Menengah Teknik Melaka
        Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur
        Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar
        Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru
        Sekolah Menengah Teknik Kuantan
        Sekolah Menengah Teknik Kuala Terengganu
        Sekolah Menengah Teknik Sejingkat


    Lain-lain

        MIT (Malaysian Institute Of Technology Academy)
        MATA

    Edisi Informasi! Siapa William Henry Gates III? Manusia Terkaya Di Dunia!

    $
    0
    0

    Senarai Manusia Terkaya Di Dunia. Anda pasti tertanya-tanya siapa manusia terkaya di dunia. Tahukah anda siapa William Henry Gates III atau lebih dikenali sebagai Bill GatesBeliau mengekalkan kedudukannya sebagai manusia terkaya di dunia. Menurut senarai terbaru yang dikeluarkan oleh Wealth-X menunjukkan Bill Gates kini mempunyai harta berjumlah $ 84.7 Billion (~RM 381 Billion) sehingga penghujung 2015.

    Senarai 10 Manusia Terkaya Di Dunia
    1. Bill Gates $87.4 Billion
    2. Amancio Ortega $66.8 Billion
    3. Warren Buffett $60.7 Billion
    4. Jeff Bezos $56.6 Billion
    5. David Koch $47.4 Billion
    6. Charles Koch $46.8 Billion
    7. Larry Ellison $45.3 Billion
    8. Mark Zuckerberg $42.8 Billion
    9. Michael Bloomberg $42.1 Billion
    10. Ingvar Kamprad $39.3 Billion

    Edisi Tips! Cara Download Video Youtube Dan Video Facebook Tanpa Menggunakan Software Part 1!

    $
    0
    0
    Cara Download Video Youtube Dan Video Facebook Tanpa Menggunakan Software. Rasanya ramai yang nak tahu macam mana nak download video dari Youtube, Facebook, Metacafe dan Vimeo tanpa menggunakan sebarang software. Bukan itu sahaja tetapi dari pelbagai sumber pun kita boleh download menggunakan cara ini.

    Cara Download Video Youtube

    1. Sila ke browser anda samaada, Firefox mahupun Chrome
    2. Sila taip link ini http://en.savefrom.net/ dan ENTER


    Tadaaaaaa. Dah siap dah download video Youtube tanpa perlu menggunakan sebarang software. Hanya copy and paste, download dan siap! Cubalah!

    Edisi Hangat! Cara Mohon Dan Borang Permohonan Perkahwinan Perdana Terengganu 2016!

    $
    0
    0

    Cara Mohon Dan Borang Permohonan Perkahwinan Perdana Terengganu 2016. Kepada yang berhajat nak mendirikan rumahtangga, anda kini boleh memohon untuk menyertai Perkahwinan Perdana 2016 ini.

    Borang permohonan rasmi program ‘Keluarga Generasi TTB: Perkahwinan Perdana’ tahun 2016. Permohonan Perkahwinan Perdana 2016 kini dibuka secara rasmi mulai 1 Februari 2016 sehingga 15 April 2016. Program anjuran Kerajaan Negeri Terengganu ini terbuka kepada semua rakyat Terengganu yang berkelayakan. Berikut ialah cara memohon perkahwinan Perdana 2016 Terengganu.

    Syarat-Syarat Permohonan Perkahwinan Perdana 2016 Terengganu
    1. Pasangan atau salah seorang daripadanya adalah rakyat negeri Terengganu. Pemastautin tetap yang melebihi 10 tahun, hendaklah mendapatkan pengesahan mastautin daipada Wakil Rakyat / Penghulu Mukim / Ketua Kampung. 
    2. Pemohon dan pasangan berumur 18-30 tahun.
    3. Perkahwinan adalah kali pertama
    4. Tiada rekod jenayah dan tiada masalah kesihatan yang kritikal seperti HIV, AIDS atau penyakit kelamin dan sebarang jenis penyakit yang boleh mendatangkan masalah kepada pasangan
    5. Pendapatan pemohon bersama pasangan adalah RM3,000 ke bawah.
    6. Pendapatan ibu bapa pasangan RM3,000 ke bawah atau penerima bantuan daripada MAIDAM
    7. Mendapat restu kedua-dua ibu bapa.
    8. Lulus kursus Pra Perkahwinan Modul Bersepadu Kursus Perkahwinan Islam (MBKPI) anjuran MAIDAM atau agensi yang diiktiraf oleh Kerajaan.
    9. Pemohon yang berjaya hanya perlu membayar RM1,000 bagi setiap pasangan sebagai komitmen.
    10. Pemohon dan pasangan bersetuju untuk bernikah pada 14 Mei, 2016 (Sabtu) dan majlis akad nikah beramai-ramai akan diuruskan oleh JHEAT.
    11. Keputusan pemilihan adalah tertakluk kepada Panel Jawatankuasa Pemilih yang dilantik dan keputusan adalah muktamad.
    12. Permohonan yang layak akan dipanggil ke sesi temuduga pemilihan.
    13. Sekiranya tuan/puan tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh tutup penyertaan, maka permohonan tuan/puan dianggap tidak berjaya.

    Cara Memohon Perkahwinan Perdana 2016 Terengganu
    1. Borang permohonan boleh dibeli di Ibu Pejabat YPKT dan Pejabat YPKT Cawangan dengan bayaran RM2.
    2. Borang hendaklah diisi dengan lengkap dan perlu dikembalikan semula sebelum/pada 15 April 2016 bersama dokumen yang telah disahkan seperti berikut:
    • Kad Pengenalan pemohon, pasangan dan ibubapa/penjaga masing-masing
    • Slip pendapatan pemohon, pasangan dan ibubapa/penjaga masing-masing
    • Sijil Pra-Perkahwinan Modul Bersepadu Kursus Perkahwinan Islam (MBKPI)
    • Surat Pengesahan Pemastautin Tetap (jika perlu, bagi bukan rakyat negeri Terengganu)

    Tarikh Tutup Perkahwinan Perdana 2016 Terengganu

    15 April 2016

    Sumber: http://terengganutimes.com
    Viewing all 52 articles
    Browse latest View live